Monday, March 22, 2010

Jakun.

Duduk Shah Alam dekat 4 tahun kot. Adiks-adiks ni tak tahu pun isi kandungan bandar Shah Alam. Huh. Cuti sekolah? Tour de Shah Alam? Jom cekidaut!

1st stop: Muzium Shah Alam



Sesuai dengan tajuk =D


Motif duduk bawah keretapi?



Kalau kat muzium aku paling suka tengok benda ni. Rajin. Kagum.



Macam real kot.


Eh eh tangan siapa tu buat-buat tunjuk? =p



Tahukah anda ini Selangor's first flag? Tak kreatif langsung.



Sejadah Sultan Selangor yang tebal macam karpet. Aku nak.



Penuh kepura-puraan.



Jepun guna basikal stylo ni tawan Malaya.
Kalau kita guna superbike boleh ke tawan Jepun?



Ilmu kejadian? Macam nak bertapa je bunyinya.




Aku agak tertarik dengan Pamor-pamor ini.


Siapa boleh jelaskan Pamor tu apa???





Imran tanya, "Kenapa patung wayang kulit ni warna-warni
sedangkan dia duduk belakang kain je? Kan cuma nampak bayang-bayang?"
Hah, jawab jangan tak jawab..ewahh..


Sebelah muzium library pulak kan..




Aku teruja ada adiks-adiks yang minat membaca.
Yang baju hitam bukan adik eh.





Homaigod! One of the finest edition; republished from the 1922 edition.



Excited gila jumpa buku ni! Aku memang minat sangat cerita ni dari kecil lagi. Sangat. Dulu masa kecil pergi London, tengok cerita ni kat tv..pelakon real punya (bukan kartun tau). Masa tu dah jatuh hati la..sebab kagum dengan jalan cerita and props dia. Then balik Malaysia, ada kartun pulak. Cartoon Classic. Setiap kali ulangan mesti tengok okay. Impian terbaru: one day nak pergi UK dan dapatkan original edition yang ada banyak gambar. Wahh, cita-cita tak nak kalah..berapa ribu la nak kena lebur tu..=p


Okay, hari hampir gelap. Kami beransur ke pasar malam seksyen 7. Percayalah adiks-adiks ni tak pernah pergi pasar malam. Dan tiada gambar sebab teruja makan jejari ketam sambil ronda.

Lepas maghrib, I-City!


Ooohhh..



Aaahh...




Waahh...



Weee...




Meriah.

Tapi belum ada kedai lagi. Cuma lampu-lampuan disini sana. Park ni perlu lebih bench dan tong sampah.


Okay, makan malam @ Hakim seksyen 7. Tapi malam takde roti poori =(
Kesian adiks-adiks, sampai sekarang tak tahu roti poori tu apa..hahah poyo.

Monday, March 8, 2010

Musim panas dan pakcik air-cond.

Dah lama aku tak Demam. Semalam aku Demam. Jadi hari ni aku nak cerita pasal Demam.

Bila seseorang tu Demam, badan dia panas tapi dia kata dia sejuk. Siap menggigil-gigil. Lepas tu mesti pakai sweater atau baring pakai selimut tebal.

Tahu tak, badan kita ada 2 jenis suhu, suhu permukaan kulit dan suhu peripheral. Suhu peripheral ni ialah suhu dalam badan. Kedua2 suhu ini haruslah di dalam keadaan seimbang. Apabila kita Demam, suhu permukaan kulit akan bertambah, betul? Betul. Jadi suhu peripheral akan turun, lalu menyebabkan kita menggigil kesejukkan dan sendi2, urat saraf dll akan berasa sakit. Aku paling bengang kalau tengah Demam panas, jalan tiba2 kaki aku terlanggar kaki katil. Pehh..'nikmattt'.

Apabila Demam, kita digalakkan memakai baju/t-shirt/selimut nipis yang menggalakkan peredaran udara. Ni cekgu PBSM aku cakap. Mengapa? Sebab apabila kita pakai sweater/selimut tebal diatas permukaan kulit yang sedia panas, ia akan meningkatkan lagi suhu permukaan kulit, lalu suhu peripheral akan jatuh mendadak. Ini bahaya kerana apabila suhu dalam badan terlalu rendah, organ2 dalam badan akan terjejas.

Seringkali kita dengar kanak2 kadangkala orang dewasa di kawasan pedalaman terencat/buta dan paling teruk meninggal dunia kerana Demam panas. Salah satu faktor ialah mereka tiada pendedahan tentang ini.

Ok, setakat ini sahaja cerita saya. Sesiapa yang ada ilmu medik ke atau apa2 ilmu yang bau2 bacang dengan medik sila betulkan jika ada kesalahan. Sesungguhnya, fakta telah saya ringkaskan dan penjelasan telah saya tokok tambah..hahahh.





P/s: Musim2 panas ni ramai orang beli air-cond dari apek seksyen 9 Shah Alam.

Pemuda: Uncle, saya nak order 10 biji, uncle bagi diskaun la.
Apek: Tak boleh. Sekarang saya banyak order, 1 hari minimum 50 biji tau. Kalau U takmau takpe..banyak lagi orang nak.

Amboi3...uncle..tak seswaii tau!