Tuesday, August 24, 2010

Fadhilat tarawikh malam ni terlepas dari api neraka dan masuk syurga! Best gila.

Assalamualaikum! Dah setengah bulan berpuasa..amacam?
Ada kurus sikit ka?
Saya dan program diet saya? Ada la turun dekat 2 kilo..hahahha..
Rasanya takde nak design program baru kot, just stick to the same one.

I busy u...sebab tu la tak update2.
Busy buat sales & marketing?
Takla..sekarang ni bahagian production.

Production kuih raya la..apa lagi..huwahuwahuwahuwa..

Dekat seribu balang nak siapkan u..so far dah 80% kot..
cuma tinggal chocolate chip butter pecan je nih..uish

Tadaa..!



Sekarang ni musim panas,

kalau boleh masa sahur & berbuka puasa kau minumla

setong air macam ni


OK?

Now just nak share makanan semasa bersahur..



Ayam Goreng Kunyit..nyam!




Daging Paprik with Petai..boleh kurus ka ini macam?




Oh, ini Hafiiz yang teringin omputih breakfast time sahur..layan sajalah.
Biasalah budak-budak..


Uish, tak sabar nak raya pulak dah..tergambar di wajah2 mereka yang berpuasa..





..dan tidak kurang juga yang tidak berpuasa..





p/s: hari ni nak kena siapkan lagi chocolate chip..tapi nak berbuka apa ya? Any idea?





Wednesday, August 11, 2010

Apabila syaitan diikat, nafsu bermaharajalela.

Ramai. Memang ramai orang terutamanya perempuan, menjadikan bulan puasa sebagai satu platform (ceyhh platform~) untuk mengurangkan berat badan secara tak langsung menguruskan badan lah.

Tapi saya kurang confident dengan cita2 mereka ini. Haha.
Daripada bilangan yang berazam nak kurus pada bulan puasa, saya rasa cuma 1/4 je yang betul turun berat. Selebihnya, gagal. (Ok, ini statistik cipta sendiri ^_^)

Sebab, kalau bulan puasa je, confirm berat saya naik. Haaa..
Why?

1. Sahur nak mantap. Bajet bekalan tenaga ah. Lepas sahur terus tidur pulak. Habis!

2. Buka puasa wajib meriah okeh. Lagi2 kalau buat reunion buka puasa. Melantak!

3. Semua orang jujurlah..berapa ramai yang exercise time puasa?

Contohnya, pagi tadi saya sahur cornflake dengan susu segar, nasi lauk daging petai paprik dan ayam goreng kunyit. Buka puasa pula lamb chop, potato salad, jagung dan aiskrim! Heheh..gemok kan? ;p

Jadi macam mana nak buat ni?

Saya sedang mengeksperimen program diet untuk diri sendiri ni. Kita tak boleh lah nak terus switch 180 degrees kan..so kita buat slowly.

1. Mula-mula, untuk sahur..masih maintain makan macam biasa, cuma kuantiti kita kurangkan separuh.

2. Untuk buka puasa pula tak perlu kurangkan kuantiti dahulu, cuma kurangkan makanan berlemak macam popiah goreng, rangka ayam goreng, hati ayam goreng, lamb chop dan lain2!

3. Buat senaman ringan yang berbentuk strength or weight training. Tak perlu pulun buat cardio workout sebab anda confirm akan pitam 3 hari..hahah. Contoh kita boleh buat body weight training macam push up, squad, plank dan lain-lain. Mungkin boleh mula dengan mengambil 15 minit sahaja daripada 24 jam anda :) . Kemudian bolehlah gandakan kepada 30 minit sekiranya anda mampu.

Info: Pada bulan puasa lebih berkesan sekiranya anda buat strength training daripada cardio workout. Cardio memang terbukti baik untuk jantung, tetapi kerana anda berpuasa, anda tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk cardio dan cardio workout hanya membakar calorie semasa workout contohnya semasa jogging. Tetapi strength training banyak melibatkan penggunaan muscle, jadi senaman seperti ini akan terus membakar calorie walaupun selepas tamat bersenam. Dan anda pun tidaklah termengah-mengah nanti.

Kita maintain step ni untuk seminggu dulu. Tengok apa jadi.
Anda ingin mencuba? Semoga berjaya. ;p

p/s: Jangan lupa timbang sebelum cuba. Nanti dah seminggu timbang kata takde perubahan padahal sebelum ni berat dah naik tapi tak sedar pastu..gdhirhfsksaspfftttt.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Assalamualaikum!

Fuh..dah lama tak buka blog ni..had been very busy with work. Sibuk sampai adikku Imran masuk asrama pun tak tahu..mak aih..padahal duduk sebumbung!

Now, segala anasir yang 'menjauhkan' I dengan family telah ditolak tepi. Kepada readers kesayangans yang tertunggu-tunggu new entry tu..ampun maaf dipinta mensuci hening dosa setahun menghilang sekarang menjelang~ :p

Untuk Ramadhan ini, akan ku coba menghasilkan entry2 berinformasi untuk mengisi masa lapang anda di siang hari! Waah..since dah tak boleh makan kan..santapla blog I ni..hahah..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!
Mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terguris hati sepanjang perkenalan kita.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan rejeki kepada kita..hihii..


p/s: Esok pagi sahur apa?