Sunday, December 4, 2011

Ini serius.



Dah 4 December!! Ini memang serius!

Tiga minggu sahaja lagi hari besar akan tiba. Kawan-kawan asyik tanya. Liana kau dah ready ke nak kahwin? Aku jawab "tak tahu". Walaupun dalam hati aku rasa sebenarnya dah bersedia. Sebab aku fikir, lepas kahwin aku masih di rumah ibu bapaku sedangkan si dia masih menyewa di Perak. Hal ini kerana komitment masing-masing terhadap kerjaya. Aku rasa rutin harian aku tidaklah berubah banyak pun..yang bedanya aku ada 'weekend husband'. Ini bak kata Puan Maznah, senior manager tempat aku bekerja. Weekday husband?..kau memandai je nyah simpang malaikat 44!

"Kami nak 'honeymoon' at least setahun". Itu jawapan aku kalau orang bertanyakan soal anak. 
Respon tipikal yang aku selalu terima, " Ish anak pertama jangan rancang! Biasa orang rancang anak pertama ni, nanti bila dia nak anak, susah nak dapat". Atau "Eeee...tuhan nak bagi jangan la tolak, tak elok".

Hmm..mana dia tahu tuhan nak bagi aku anak right after aku kahwin? Aku cakap pasal family planning, bukan aku cakap pasal nak gugurkan kandungan ke, nak bagi anak kat orang ke. Sedangkan perancangan keluarga itu tidak bercanggah pun dalam Islam. Why so kancheong? 
TAPI. Kalau Allah bagi rezeki awal, tentunya kami terima dengan hati terbuka. Lihat sajalah link-link blog menjual barangan bayi di side bar blog aku ni, dah lama dah aim nak beli yang mana :p


Cuba kita selami, ambil feel pasangan baru berkahwin. Sebelum kahwin, mesti ada sedikit sebanyak adegan ikat perut, saving sini saving sana. Nak mengumpul duit untuk majlis katakan. Lepas majlis, kau nak hidup macam tu lagi? Ikat perut, saving tak sudah-sudah? Mesti tak kan. Mesti nak relax, leisure dengan isteri. Ye lah masa tu kan barulah halal nak buat apa saja, nak pi holiday ka, nak pi midnight movie ka, candlelight dinner ka. 


Tapi tup-tup si isteri mengandung - bunting pelamin. Si suami memang gembira tak terkata, pada masa yang sama mungkin pening kepala fikir mana nak cari duit lebih. Sebab awal-awal dulu janji, "abang akan cuba tunaikan segala permintaan ayang". Hah sudah, nak cari duit untuk ayang ikut mana, duit untuk baby ikut mana (hak ni baca slang kedah noh). Bila dah mengandung, holiday kemana, midnight movie kemana. Mana taknya, si isteri kerja muntah, pening kepala. Makan je muntah, makan je muntah. Pastu tak boleh berdiri lama-lama, tak boleh itu tak boleh ini. Yang si suami dok pening sebab si isteri nampak barang baby comel-comel belaka....semua nak beli! Barang baby bukan murah. 


Tak payah cerita barang baby lah, kos bersalin kalau kat private hospital kurang-kurang RM10k kena ada dalam tangan. Kalau pergi private lah. Kos penjagaan ibu selepas bersalin lagi..package berurut sekarang 2 minggu, RM2k...tak murah beb. Bab ni kau tak payah cerita zaman mak kau, tak payah cerita zaman nenek kau sebab kau tak hidup zaman tu, kita sekarang hidup zaman millennium, tahun 2011, lagi 27 hari masuk tahun 2012. 


Dah la baru je halal nak buat itu ini bersama..dah kena fikir semua ni..nanti dah beranak, sibuk ngan anak, kerja lagi, tak banyak masa kualiti untuk bersama pulak. Kononnya, "ala, pergi holiday kita letak la anak kita kat rumah mak..minta tolong mak jaga 2-3 hari.." kononnya la. Selalu aku dengar, sampai je tempat percutian, "saya rindulah kat anak kita,..tak boleh tidurlah tak dengar suara anak kita.."merengek-rengek si isteri. Kau rasa suami kau tak bad mood macam ni?


Jujur aku katakan, aku tak bersedia untuk semua ni. Orang kata, kahwin tu buka pintu rezeki, jangan risau mesti ada je rezeki masuk. Rezeki anak-anak orang kata. Mungkin betul. Tapi tanpa usaha, janganlah mengharap rezeki jatuh ke riba. Mungkin juga kita bersedia dari segi kewangan..tapi mentally & emotionally mungkin belum bersedia. 


"Kajian menunjukkan apabila ibu bapa tidak bersedia menerima cahaya mata (semasa anak di dalam kandungan), anak itu biasanya kurang cemerlang di sekolah".
- Dato' Dr. Hj. Fadhillah Kamsah -

Pada aku, secara saintifiknya ini berkaitan dengan terjejasnya perkembangan saraf otak bayi, apabila ibu bapanya berasa resah dalam menerima kehadirannya ke dunia kelak. Sebab tu orang kata, masa mengandung tak boleh stress, boleh jejas kesihatan ibu dan bayi.

Selain itu, aku yakin dengan tahap kemampuan sistem pembiakan badan aku sendiri. Melihat kepada adik-beradik bapaku - 17 orang, ibuku - 6 orang, adik-beradik aku sendiri 7 orang. Aku yakin dengan genetik ini, insyaAllah. Mudah-mudahan tiada kesukaran dalam mendapatkan anak. Amin.

Wow, ini entri serius. Siap ada quote wey, dah macam thesis...kau ada? :D







P/s: Selain persiapan majlis (boleh lihat blog ibu saya), persiapan menjadi isteri yang baik pun ada. Sekarang ni, Ustaz Kazim dan Dr. Fadhillah Kamsah jadi idola aku. Dok dengaq ceramah depa ni la kat Youtube :)