Wednesday, September 19, 2012

Restaurant vs Warung?

Malam tadi. Suami kepingin makan ala western.

Shah Alam ni western food yang aku tau cuma Windmill, Bigfood and Mr Steakhouse je.

Hotel-hotel tu tak payah cakapla tengah-tengah bulan ni kan.


Suami nak cuba di Mr Steakhouse, Laman Seri Business Park sebab tengok interior restoran dia cantik.

Kami pun semangatla bersiap nak ke sana. Sekali turun bawah, mama dah siap masak makan malam.

Very simple. Nasi. Ayam KLG. Sayur bayam. Sambal tutuk. Very appetizing as well.

"So, nak nasi ke?" tanya Liana kepada suaminya.. :p

"Nak western lah. I teringin makan steak dengan fries.." balas suami.

Kalau mama tahu kami nak keluar makan, mesti dia kecil hati.

Liana menyapa mama di dapur, "mama, kitorang keluar kejap, pergi minum."

"Mama dah masak, tak makan dulu ke?" pelawa mama.

"Makan. Kejap lagi. Kitorang nak keluar minum kejap je."

Yakin aku menjawab. Yakin aku mampu makan nasi pula setelah pulang nanti.

Sesampainya kami, pelayan terus membawakan menu.

Aku pesan, rib steak.

Suami pesan, sirloin steak.

Dalam 5 minit, pesanan air pun sampai.

Selang seminit, steak kami pun sampai.

OK. Sangat cepat. "Mesti dah masak siap-siap.." bisik hati kecilku.

Aku tak kesah. Biasalah orang buat macam tu kan.

Yang aku kesah. Makanan kami sejuk. Ada kehangatan yang ala-ala manja suam-suam kuku giteww.

"Kalau steak ni dah masak siap-siap pun, gravy biarlah panas kan." kataku kepada suami.

"Tu lah, I punya sirloin ni pun liat..bukan sirloin lembut ke? Nak I panggil dia?" tanya suami mengambil berat kerana tengok ekspresi muka aku yang tak happy.

Itulah kelemahan aku. Kalau aku tak suka, memang terpapar jelas di wajah. Tak reti nak cover langsung.

"Tak payahlah. Its OK."

Aku memang jenis tak suka komplen. Bagi aku, kalau tak suka tak payah datang lagi. And yes, aku mudah irritated dengan orang suka komplen. Kalau cakap elok-elok aku memang setuju. Tapi yang maki-hamun, pekik-pekik aku tak suka. Tak heran kalau makanan kau kena ludah.

Sambil terkulat-kulat kami mengabiskan steak tu, suami teringat. "Eh, nak order fries tak?"

"Oh ye lah, boleh jugak."

Seminit kemudian fries pun sampai.

Ye. Suam-suam manje.

Haihhhh..sampai fries pun kau buat macam ni.

OK. Takpelah.

Tiba-tiba.

Kepingan terakhir rib steak aku lain rupa parasnya.

Ayam. Fillet ayam rupanya.

"Eh, ayam? Salah ni. I panggil dia lah" kata suami sambil mencari-cari pelayan.

"Tak payahlah. Takpe." Aku dah tak lalu makan pun kalau dia offer replacement steak.

Aku potong sedikit ayam untuk rasa dan selebihnya aku beri kepada suami.

Ayam busuk. Cepat-cepat aku ambil dari pinggan suami takut suami termakan.

Tapi suami lebih laju. Dah separuh dia telan.

"Ayam dia ada bau la sayang."

"I know, sebab tu I nak ambil balik dari you."



Sejujurnya, makanan western kat warung is wayyyy better.






No gambar. Aku dah takde mood.














29 comments:

darikacamatai ly said...

Hye dear,

Tak berkat langsung org yg berniaga mcmni...
Kat area mana ni?

Asma Azuani said...

eeee suck giler. better gi warung je kan, boleh tengok die buat makanan tuh depan kite. so bole tengok sama ada die panaskan or buat time tu jugak. kalo restoren..dapur die kt belakang, so xtau die buat ape kt belakang.

m.yuent said...

really mr steakhouse macam tu...alahai slalu masuk jalan2 cari makan, wanita hari ini, n nona mungkin dah ramai sangat orang datang makan so service mula down hurmmmm...

norinaomar said...

serius setuju..kadang nama n interior design je gah tapi apakan daya sangatlah menghampakan..

FAD ARIFFIN said...

so balik makan nasi tak? hehehe

FAD ARIFFIN said...

so balik makan nasi tak? hehehe

O'gosh Iskandar said...

kesiannya..kalau saya dh xle sabar dah tu....

syafaf said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. harga mcm mana harga? banned siot banned!

aieesha.salleh said...

kalau di shah alam, pergi la kat night circle seksyen 11 shah alam. dia kedai yang ada banyak gerai.. western food dia sedap.. dan dimasak masa order :) murah jugak la.. the thing is, nama pun night circle, jadi bukaknya malam :)

Cikgu Vina said...

balik rumah akak makan nasik tak??hehe

Zura Said said...

mr steakhouse xpatot serve makanan sejuk..sgt x bagus..nape x tegur je makanan di serve sesuka hati macam tu..xpatot xpatot

Alip~Ya~Alip said...

I pun selalu kena mcm tu. Nak complaint rasa mcm kesian pulak. Tapi kesian gak kt diri sendiri bayar mahal tpi rasa x sedap suam2 pulak tu hurmmm...Tapi kt restaurant lain lah.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

u should complaint liana, supaya dia tak buat dekat orang lain pulak mcm tu.. nanti dia ingat semua org boleh terima serve mcmtu.. thanks ur info, i sefamily akan pangkah restaurant tu kalau2 asben ajak pergi..

vanilamanis said...

Sya pun kena kejadian serupa di Mr.steakhouse laman seri.Semua sejuk yang sampai.Ingatkan da lewat malam jadi semua sejuk.Gravy dia masin dan sejuk.Last2,minum air dan terus pulang.Sama juga,tak sampai hati nak complain.

Ternyata,gambaran dari luar tak menggambarkan makanannya.

NurSya Hamzah said...

I suggest Bigpate restaurant located at Subang Permai..dekat je dengan bukit jelutong..;) Makanan dia superb & of course lah big portion in a big plate..side dishes meriah..air pun big glass..phewwwwww...tapi environment dia je tak best..agak panas & mcm kurang ventilation..blk rumah confirm baju seluar semua bau masakan..mcm makan kat mamak pulak..tapi makanan sedap!

Anonymous said...

Austin Chase @ Plaza Masalam is the best. go and try okey? :D

ururu said...

tu la.. lenkali mak masak! MAKAN!! ini siap tipu 'nak pegi minum je' lagi. balasan tu! balasan. haha!
mintak mak tolong masak western pun ok.

dengarlah rintihan hati mereka2 yg maknye jauh ni. hari2 nak makan masakan mak tapi tak dapat. bile mak dah tade baru nak bersyukur. balasan la ni. T_T

natasha said...

Laman seri tu memang x sedap western foodnyer...da terkene jugak ritu..dah x mao p dah...bayek p mkn kt haji dollah :-)

Anonymous said...

Why not u pergi Laman Grill, Steak & Bar-B-Q belakang Mr Steakhouse? Restaurant Chef Zubir juri Masterchef.. B4 this i pi Mr Steakhouse tak pernah lagi kena mcm u kena.. then after i tau restaurant chef Zubir belakang tu je skrg i pegi Laman Grill... Cozyyyy je tempatnya...

Anonymous said...

dulu tahun lepas aku pernah gi mr.steakhouse ni.. mmg mantap meletop sedap.. sekali 2bulan lepas aku pun promote le kat husband aku, ingat nak makan lunch. tgk fb dorg ckp buka pkl 12tgh hari.. tgu sampai pkl 1 tak jgk buka2.. then gi tanya kat kaunter tu, "buka pukul berapa ni?" then dorg leh jawap "tak pasti la lagi" homaigot!! org dah lapar ok.. after that mmg ban terus kedai ni. fullstop!

Liana Ezzana said...

Haji Dollah kat mana pulok nii??

Tanggungjawab isteri kan melayan suami..so, kita layankan ajelah..huk huk huk..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

warung mmg lagi ok darling :)

ramai yg buat mcm tuh, sakit hati :(

Eikha Z said...

Ish that place memang dah teruk now. Mr. Steakhouse used to serve quite good steaks, but makin ramai orang datang, quality makin teruk.

Haji Dollah satu row dengan dia, I pergi sana selalu masin. Masa mula-mula buka elok je, lama-lama, minta cili potong pun dia kasi 3 potong je, 3 potong?!

Anonymous said...

Itulahnya hikmah di sebalik makan nasi kat rumah...Kuasa seorang ibu tu memang terer gilerr.

Anonymous said...

Restoran Craving kat Kota Kemuning Shah Alam, steak dia memang terbaik.....harga pun boleh tahan...tak pun try Victoria Station pun oke...sedap pun sedap..side dish dia roti memang lembut bangat, disapu pulak dgn mentega yg sgt sedap..terliur dah sambil promote neh... :-)

meow said...

bukan ke victoria station steak x halal?rasanya dia x de halal jakim sebab steak dia masak sekali dgn wine.

saidatul maria said...

yeah laman grill kat blkg mr steakhouse waayyyyy mmmuuuccchhh bettter... tak pun u can try big food kat jln montfort tu...murah sket aa dr laman grill

Anonymous said...

Ha'a.. knp x pergi laman grill belongs to Chef Zubir (Juri masterchef tu) juast at the back of steakhouse. Much better :)

Anonymous said...

i penah try mr steak hse sekali je
dah la bw kwn dr jauh
bila order tunggu lebih setengah jam
utk mknn n minuman, n steak + salmon sampai mmg suam je n fries ofcos dah lembik
rasa dia pun x brape ok, lg better kat gerai uptown dsara lg murah n sedap