Saturday, November 17, 2012

Apa makna boikot pada anda?


Apa makna boikot pada masyarakat kita sebenarnya?


Contoh 1

Biasanya, apabila keluar berita Palestin diserang hebat oleh tentera Israel, barulah kempen boikot barangan Yahudi berjalan. Contoh barangan jualan Yahudi yang aku tahu seperti Starbucks Coffee, Coca-Cola, Loreal, McDonalds dan DELL.

Lepas tu bila serangan dah reda..kempen boikot pun reda, kita pun perlahan-lahan membeli semula barangan jualan mereka. Aku faham, bukan mudah untuk tiba-tiba cut the supply. Tapi kita boleh cuba sedikit demi sedikit. Macam mualaf masuk Islam pun, bukan terus tahu semua. Belajar perlahan-lahan.

Setakat ini, aku mampu boikot Coca-Cola dan Starbucks Coffee. Dah lama dah, sejak kempen 'Save Gaza' mula-mula diwar-warkan.

Aku penggemar kopi. Dan aku tahu, kopi di Starbucks merupakan kopi yang dihasilkan dari biji kopi terbaik didunia. Tapi aku matikan nafsu kopi aku apabila melewati cawangan-cawangan Starbucks di negara ini. Cuma, sedikit sedih apabila melihat umat Islam yang buat muka bangga bila lepak di Starbucks.

Sekarang ni, aku cuba untuk boikot McDonalds. Sukar. Tapi kena cuba.



Contoh 2

Di zaman pemberontakkan rakyat dan kejatuhan kerajaan ini, aku tengok banyak kempen boikot mainstream media. Contoh macam laman "Kami Boikot Buletin Utama TV3", "Kami Boikot Utusan Malaysia". Yang tiada facebook, bangga melaungkan "Kami boikot TV3"!

Tapi, aku tengok..mereka masih menonton Buletin Utama, masih juga menonton rancangan-rancangan lain. Anugerah Skrin yang lalu, bukan main ramai anti-TV3 komen di page Anugerah Skrin.

Hey kata boikot, tapi masih tonton?



Contoh 3

Biasalah manusia, lagi-lagi melayu. Busuk hati, dengki tak habis-habis. Tengok orang cantik sikit, meluat. Tengok orang outstanding sikit, benci. Kenapa? Pelik aku. Orang tu tak buat salah pun. Lepas tu mulalah, "Kami boikot artis itu, kami boikot artis ini.."

Yang best tu, dah berikrar boikot ni, boleh pulak artis tu punya status update, dia pergi komen.

Hey kata boikot???





Jadi apa makna boikot pada masyarakat kita sebenarnya?



Aku rasa, tak guna berkempen boikot itu ini, kalau kau masih guna/tonton/beli/follow dan apa-apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan maksud boikot.












16 comments:

TecerWidad said...

Tengok anugerah screen tak ada kaitan dengan boikot buletin utama tv3... Yang diboikot buletin utama

PadangDiLalang said...

Hati manusia mcm air laut, ada pasang ada surut, bergelora bila ribut, tenang bila tak serabut... Itulah kita...

Nurul Asykin said...

Setuju K.liyana ! Manusiaa.. Sedeykann.. Mcm2 perangai...

Liana Ezzana said...

Aku rasa kalau you anti-Government, boikot Buleting Utama sebab dia pro-Government. Then why watch other show from the pro-Government media lagi kan?Ni apa aku fikir la. Entahla, aku bukan tahu sangat pun politik-politik ni haha..

Betullah hati manusia ada pasang surutnya. Setuju.

Yang penting aku tengah hangat memboikot sekarang :)

Anonymous said...

:')

saya yakin liana boleh juga boikot Mc D perlahan-lahan. boleh!

smg ramai yg lebih cakna akan isu ummah apbl baca blog liana ni.

- Wan zuraida

anna hashim said...

setuju sangat2..

fandyz said...

SAVE GAZA!!! BOYCOTT!!

Anonymous said...

Melayu cakap tak serupe bikin. biaselah an empty can create the loudest sound. tapi bab boikot memboikot ni ssh nak ckp ah. takat mane smangat boikot tu Tuhan je tau. and sejauh mane kbenaran / kesahihan mengenai bab2 boikot ni, harap2 buat lah sedalam dlmnya kajian. entah2 skdr di war war kan tnpa sbrg usul periksa. salam.

ezasunflower said...

Actually memang susah kalau nak memboikot terus menerus.. Maybe boleh mulakan sikit demi sikit but must be consistent.. Saya sekarang pun tengah memboikot McD.. Sebab McD bukan makanan yg sihat, especially untuk ibu mengandung..

Anonymous said...

alhamdullilah.saya dan keluarga pun dah boikot product yahudi hampir lima tahun.syabas liana

ibu said...

assalam.

just nak share, ari tu pegi kat kedai sekincan ikan bakar kat ampang.terkejut tengok tak ada pelanggan even masa tu dah dekat pukul satu tengahhari-ini kes boikot sbb tokey dia komen pasal bersih , yg israel supporter tu lglah patut di boikot. nak seribu daya.....

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

rasyidah kamar said...

this is my new blog!do stopby ;)
http://www.rasyidahkamar.blogspot.com/

Anonymous said...

ceh konon boikot beriye.. sy baru nmpak hubby u beli Mc Donald ari tu..huhu wife punye la beriye duk pung pang pung pang boikot sane sini = ='

ururu said...

boikot bagi saye?

http://ururules.wordpress.com/2012/11/21/boikot/

http://ururules.wordpress.com/2012/11/19/paham-la-sket-ape-itu-franchise/

Liana Ezzana said...

Wow lihatlah ANONYMOUS yang sangat BERANI memberi komen. suami aku punya tegar boikot. salah orang dik oii..