Wednesday, September 19, 2012

Restaurant vs Warung?

Malam tadi. Suami kepingin makan ala western.

Shah Alam ni western food yang aku tau cuma Windmill, Bigfood and Mr Steakhouse je.

Hotel-hotel tu tak payah cakapla tengah-tengah bulan ni kan.


Suami nak cuba di Mr Steakhouse, Laman Seri Business Park sebab tengok interior restoran dia cantik.

Kami pun semangatla bersiap nak ke sana. Sekali turun bawah, mama dah siap masak makan malam.

Very simple. Nasi. Ayam KLG. Sayur bayam. Sambal tutuk. Very appetizing as well.

"So, nak nasi ke?" tanya Liana kepada suaminya.. :p

"Nak western lah. I teringin makan steak dengan fries.." balas suami.

Kalau mama tahu kami nak keluar makan, mesti dia kecil hati.

Liana menyapa mama di dapur, "mama, kitorang keluar kejap, pergi minum."

"Mama dah masak, tak makan dulu ke?" pelawa mama.

"Makan. Kejap lagi. Kitorang nak keluar minum kejap je."

Yakin aku menjawab. Yakin aku mampu makan nasi pula setelah pulang nanti.

Sesampainya kami, pelayan terus membawakan menu.

Aku pesan, rib steak.

Suami pesan, sirloin steak.

Dalam 5 minit, pesanan air pun sampai.

Selang seminit, steak kami pun sampai.

OK. Sangat cepat. "Mesti dah masak siap-siap.." bisik hati kecilku.

Aku tak kesah. Biasalah orang buat macam tu kan.

Yang aku kesah. Makanan kami sejuk. Ada kehangatan yang ala-ala manja suam-suam kuku giteww.

"Kalau steak ni dah masak siap-siap pun, gravy biarlah panas kan." kataku kepada suami.

"Tu lah, I punya sirloin ni pun liat..bukan sirloin lembut ke? Nak I panggil dia?" tanya suami mengambil berat kerana tengok ekspresi muka aku yang tak happy.

Itulah kelemahan aku. Kalau aku tak suka, memang terpapar jelas di wajah. Tak reti nak cover langsung.

"Tak payahlah. Its OK."

Aku memang jenis tak suka komplen. Bagi aku, kalau tak suka tak payah datang lagi. And yes, aku mudah irritated dengan orang suka komplen. Kalau cakap elok-elok aku memang setuju. Tapi yang maki-hamun, pekik-pekik aku tak suka. Tak heran kalau makanan kau kena ludah.

Sambil terkulat-kulat kami mengabiskan steak tu, suami teringat. "Eh, nak order fries tak?"

"Oh ye lah, boleh jugak."

Seminit kemudian fries pun sampai.

Ye. Suam-suam manje.

Haihhhh..sampai fries pun kau buat macam ni.

OK. Takpelah.

Tiba-tiba.

Kepingan terakhir rib steak aku lain rupa parasnya.

Ayam. Fillet ayam rupanya.

"Eh, ayam? Salah ni. I panggil dia lah" kata suami sambil mencari-cari pelayan.

"Tak payahlah. Takpe." Aku dah tak lalu makan pun kalau dia offer replacement steak.

Aku potong sedikit ayam untuk rasa dan selebihnya aku beri kepada suami.

Ayam busuk. Cepat-cepat aku ambil dari pinggan suami takut suami termakan.

Tapi suami lebih laju. Dah separuh dia telan.

"Ayam dia ada bau la sayang."

"I know, sebab tu I nak ambil balik dari you."



Sejujurnya, makanan western kat warung is wayyyy better.






No gambar. Aku dah takde mood.