Saturday, November 17, 2012

Apa makna boikot pada anda?


Apa makna boikot pada masyarakat kita sebenarnya?


Contoh 1

Biasanya, apabila keluar berita Palestin diserang hebat oleh tentera Israel, barulah kempen boikot barangan Yahudi berjalan. Contoh barangan jualan Yahudi yang aku tahu seperti Starbucks Coffee, Coca-Cola, Loreal, McDonalds dan DELL.

Lepas tu bila serangan dah reda..kempen boikot pun reda, kita pun perlahan-lahan membeli semula barangan jualan mereka. Aku faham, bukan mudah untuk tiba-tiba cut the supply. Tapi kita boleh cuba sedikit demi sedikit. Macam mualaf masuk Islam pun, bukan terus tahu semua. Belajar perlahan-lahan.

Setakat ini, aku mampu boikot Coca-Cola dan Starbucks Coffee. Dah lama dah, sejak kempen 'Save Gaza' mula-mula diwar-warkan.

Aku penggemar kopi. Dan aku tahu, kopi di Starbucks merupakan kopi yang dihasilkan dari biji kopi terbaik didunia. Tapi aku matikan nafsu kopi aku apabila melewati cawangan-cawangan Starbucks di negara ini. Cuma, sedikit sedih apabila melihat umat Islam yang buat muka bangga bila lepak di Starbucks.

Sekarang ni, aku cuba untuk boikot McDonalds. Sukar. Tapi kena cuba.



Contoh 2

Di zaman pemberontakkan rakyat dan kejatuhan kerajaan ini, aku tengok banyak kempen boikot mainstream media. Contoh macam laman "Kami Boikot Buletin Utama TV3", "Kami Boikot Utusan Malaysia". Yang tiada facebook, bangga melaungkan "Kami boikot TV3"!

Tapi, aku tengok..mereka masih menonton Buletin Utama, masih juga menonton rancangan-rancangan lain. Anugerah Skrin yang lalu, bukan main ramai anti-TV3 komen di page Anugerah Skrin.

Hey kata boikot, tapi masih tonton?



Contoh 3

Biasalah manusia, lagi-lagi melayu. Busuk hati, dengki tak habis-habis. Tengok orang cantik sikit, meluat. Tengok orang outstanding sikit, benci. Kenapa? Pelik aku. Orang tu tak buat salah pun. Lepas tu mulalah, "Kami boikot artis itu, kami boikot artis ini.."

Yang best tu, dah berikrar boikot ni, boleh pulak artis tu punya status update, dia pergi komen.

Hey kata boikot???





Jadi apa makna boikot pada masyarakat kita sebenarnya?



Aku rasa, tak guna berkempen boikot itu ini, kalau kau masih guna/tonton/beli/follow dan apa-apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan maksud boikot.












Sunday, November 11, 2012

Sabah I'm in love?


"Kakak ni,  kalau pasal travel..lagi excited dari dari menguruskan wedding sendiri.." kata Hanis sewaktu memerhati aku yang khusyuk. Khusyuk merancang percutian keluarga.

Dimana, majlis perkahwinan aku, aku serahkan bulat-bulat kepada emak.

Itulah aku. Baik bercuti bersama keluarga, mahupun kawan-kawan, secara automatik akan melantik diri sendiri untuk organize sesuatu percutian itu.

Dalam diri aku ada sifat suka memulakan/menggerakkan sesuatu, initiatif, perintis. Kalau kena dengan benda yang aku minat, memang berkobar lah wey!

Travelling. Definitely my passion. 

Kaki jalan orang melayu cakap.

Orang tua cakap, kalau ada tahi lalat dekat kaki, maksudnya panjang langkah.

Aku, setiap kaki ada dua tahi lalat.

Maksudnya?


Bulan ini, aku dan keluarga akan ke Kota Kinabalu.

Bulan hadapan, Langkawi.

Langkawi aku tak risau sangat, sebab macam dah agak biasa dan tempat makan pun banyak.

Tapi di Kota Kinabalu macam tak berapa reti.

Nak makan seafood mana yang best dan harga tak mencekik.

Tercekik makanan takpe. Heh.

Kundasang paling risau. Aku rasa kat situ macam takda tempat makan. Aku rasalah.

Minta bantuan kalian. Kerana aku akan bermalam disitu!