Saturday, March 23, 2013

Tuna pie.

Liana suka pai. 
Sangat. Suka. Pai.
Entah mana punya pengaruh, tiba-tiba rasa nak buat Tuna Pie.
Boleh macam tu?


Nah resipi. 
Untuk makan 7-8 orang.


Bahan-bahan pie crust:

2 cawan tepung gandum
1-2 sudu makan mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1-2 sudu air sejuk


*cara-cara*
Gaul tepung dengan mentega/marjerin, masukkan telur dan air sejuk. 
Gaul sampai jadi doh. 
Kalau terkeras, tambah mentega, kalau terlembik tambah tepung. 
Tekstur doh mesti boleh canai dengan cantik.
Letak doh yang telah dicanai dalam bekas pai 
(mangkuk casserole ke, bekas tin foil tu ke..suka hati)
Bakar dalam oven sampai doh masak.
Suhu 150 degree, lebih kurang 10minit

Jangan lupa sebelum masak cucuk-cucuk dengan garpu, 
macam yang kita tengok dalam rancangan masakan tu :)


Bahan-bahan puff pastry (untuk atas pai):

Pergi kedai barang kek, beli frozen
ready to cook puff pastry.
(Stylo tak resipi mak jemah? haha)



Bahan-bahan inti:

3 tin chunky tuna
Sebiji bawang Holand
4 ulas bawang putih
Cendawan yang sesuai
(button, shitake, portobelo, etc. 
- oyster mushroom tak sesuai hokeyy)
300ml cream of mushroom soup
(takyah menyusahkan otak, bancuh je instant campbell soup yang sachet tu)
Serbuk lada hitam, garam, ajinomoto secukup rasa


*cara-cara*

Tumis bawang Holang dan bawang putih yang didadu.
Masukkan lada hitam dan cendawan.
Masukkan cream of mushroom soup.
Garam dan ajinomoto secukup rasa.
Gaulkan hingga capai kepekatan yang munasabah.

(Kalau pekat sangat nanti pai terlalu kering dan takut 
nak makan pun melekat kat tekak.
Kalau cair sangat baik kau buat sup je dik).

Angkat dan letak dalam mangkuk besar.
Buangkan air/minyak dalam tin tuna.
Ambil tuna sahaja dan campurkan dengan bahan yang dimasak tadi.
Gaul sebati atau kalau suka chunky, gaul sikit-sikit je.

Bila pie crust dah masak, angkat dan masukkan campuran tuna.
Ratakan.
Frozen puff pastry tadi tebarkan atas bekas pai.
Kemaskan tepi bekas dan bakar.
Suhu 180 degree, lebih kurang 20minit atau hingga puff pastry tu 
kuning keemasan dan menggiurkan.



Macam ni.






Hope you like it :)



8 comments:

MasReena said...

Thanks for the recipe kak.. lama tunggu akak update blog sebab suka gaya penulisan akak ni. Kalau free jemputlah ke blog Masreena.

Bekerja di syarikat GLC bantu perkuat ekonomi orang Melayu 

anna hashim said...

ehem..ehem...liana, last month i jumpa u kat empire shopping, u ngah berjalan seorang diri..di bajumu tertulis nama " liana "...sah itu mmg u..tapi.......i segan nak say hai......kat u....huhuuhuhuhu
but next time klu ternampak u lagi, i akan tegur u hokey...... :-)

Party Hat said...

Hi,

I am Angeline Lee, co-owner of Party Hat team. I would like to invite you to join our Review & Reward Program. Please refer to this link:
http://partyhatmy.blogspot.com/2013/03/review-reward-program.html

If you are interested, please write to partyhat.my@gmail.com..Thx hearing from you soon...

Cheers,

Angeline Lee
The Party Hat Team
Website: http://partyhatmy.blogspot.com
LIKE US at http://www.facebook.com/pages/Party-Hat/202675626440667
Email: partyhat.my@gmail.com
SMS/Whatapps: 017 3805560

Merepek Ayam said...

Leeeyaaanaaa...
Da siap buat bende ni, wechat aku!
Sesedap.

End of discussion.

Liana Ezzana said...

Masreena: Dah cuba ke? :D

Anna: Homaii..I jalan bersepah tak? :D

Merepek Ayam: Aku dah buat dah. Nanti aku buat lagi aku pos. Jalan Sultan Ismail je kennzz.. :D

juls julie said...

entry berkenaan makan2 ni kne buat byk2..hahaha... sbb saya sukaaaaaaaaaaaaaa makan...!! hehehe

Anonymous said...

liana...
bole share resepi ayam KLG????
plz

Liana Ezzana said...

Hi Anon: Ini dia http://lianaezzana.blogspot.com/2008/11/ayam-klg.html