Wednesday, August 14, 2013

"Perut maju ke depan.."



Macam-macam petua/pantang larang ibu mengandung yang aku dapat setakat hari ini. Ada yang logik secara saintifik dan dari segi hukum alam, ada yang super duper mengarut dan ada yang tak dapat dibuktikan kesahihannya tapi layan je la orang-orang tua ni kan..


Pemakanan.

Soya. Ramai yang kata nak baby putih elok amalkan minum air soya masa mengandung. Tapi orang yang aku kenal, amalkan minum soya anak keluar - kicap. Masa 1st trimester haritu loya teruk. Cuma lalu makan nasi, kicap dan telur je. Dah mak aku pulak risau tengok aku makan kicap. Katanya jangan makan produk soya takut anak kulit gelap. Tapi tengok orang cina hari-hari makan tauhu, tofu, taufufa..putih je anak-anak dia.

Pening tak?


Kopi. Kalau orang tua-tua memang pantang minum kopi masa mengandung. Takut anak jadi kopi jugakla kisahnya. Tapi zaman sekarang ni dah tak kisah sangat kot. Mitos je tu. Mat saleh tu cerah-cerah je anak deme. Cuma doktor mungkin akan suruh kurangkan sebab takut dehydration. Tu je.

Ais. Ini paling pantang. Takut baby besar la. Tak elok untuk kesihatan baby la. Nak beranak nanti takde tenaga la. Takde kena mengena pun..tolonglah faham! Hahaha. Unfotunately, aku yang tak boleh minum ais sebab angin teruk.  Kalau minum, seharian aku akan sebu. Alhamdulillah sekarang dah kurang. Minta terus kurang dan kurang lagi sebab rindu gila nak makan cendol!!

Benda tajam. Paling famous nenas la. Pastu tebu dan tapai. Ini aku takut sikit. Tak buat research lagi pasal kesahihannya so aku patuh la dengan pantang yang ini. 1st trimester harituh memang tak sentuh langsung. Ni dah masuk 2nd trimester ada juga curi-curi letak nenas dalam laksa. Gila kau makan laksa takde nenas. Bland.

Kucing. Ini orang tua-tua tak kisah. Orang muda-muda yang terlebih kisah. Sampai aku rimas! Paling aku faham ialah, najis kucing merbahaya kepada janin. Mak aku pun tak bagi aku handle najis kucing sepanjang tempoh mengandung ni. Itu secara saintifik memang sahih.  Dan aku patuh. Tapi bulu kucing tiada kena mengena dengan baby ye. Ada yang takut nanti anak dapat asma la hapelah..relax ok. Yang anak dia memang ada asma dan doktor kata tak boleh dekat dengan kucing, itu aku faham. Yang anak dia sihat walafiat tapi paranoid lebih, aku tak faham. Relax ok. Haiwan kesayangan nabi ni..kucing memang diciptakan untuk hidup bersama-sama manusia. Kita ke dapur, dia ke dapur, kita baring, dia pun datang landing dekat kita. Kita sembahyang dia baring depan kita. Tuhan jadikan dia macam tu. Kalau dia membawa kemudaratan, dah lama masuk geng najis mughalazah. Faham?

Ok cukup.


Masuk bab jantina baby.

The excitement of being pregnant is that the gender of the baby remains a mystery.

Misterius!!

Seronok tengok orang yang aku jumpa meneka-neka jantina baby. Kalau selama aku dibesarkan oleh mak aku ni, mak aku ajar kalau masa pregnant tu perut bulat kemas, pemakaian pun kemas, tengok dari belakang tak nampak macam pregnant, maksudnya mengandung anak lelaki. Tapi kalau masa pregnant tu perut lonjong tah shape ape pun taktau, badan kembang semacam, tengok dari belakang pun dah tau orang tu pregnant, maksudnya mengandung anak perempuan. Ini observation yang mak aku buat sepanjang pengalaman 40++ tahun hidup la..setakat ni 80% betul ramalan dia.

Tapi bila diri sendiri mengandung, jumpa macam-macam orang dengan kaedah menetukan jantina yang macam-macam lagi..

Ada yang datang pegang perut, dia tegur “lelaki ni, sebab perut maju ke depan..”

Ada yang tanya “ Liana loya-loya makan asam ke?” Aku kata tak suka asam. “ Oh, tak suka asam, anak perempuan tu..”

Masa mengandung ni aku suka sangat makan laksa. Mak aku kata “mama dulu suka makan laksa masa mengandungkan Liana. Anak perempuan la kot”.

Letak baby kat perut. Ini sesuatu yang baru. Kawan mak aku datang rumah bawak baby girl umur 5 bulan. Dia suruh aku pegang baby tu sambil duduk. Pastu berdirikan baby atas perut. Kalau baby tu angkat kaki dia, maksudnya yang dalam perut tu lelaki. Sebab baby “menolak” yang berlainan jantina sebab tu dia angkat kaki dia. Dan baby tu betul-betul angkat kaki dia. Aku try guna baby boy umur 6 bulan pulak. Baby tu tak angkat kaki. Haaaa.. :D

Sejujurnya, aku dan suami tak kisah pun jantina apa. Asalkan sihat walfiat sempurna fizikal dan mental..alhamdulillah dah. Tapi macam seronok tengok macam-macam kaedah orang tentukan jantina baby dalam perut. :)






14 comments:

darikacamatai ly said...

Hahahaha...dah try kaedah yg pkai rantai ke blom?kihkihkiv

merepekayam said...

Kalo babyboy: Kamal
Kalo babygirl: Saleha

Shah Sulong said...

my elder sis tgh ngandung gak, badan dia kemas je, tak mcm ngandung mana walaupun da masuk 6 bulan.. masa scan, teng teneng.. boy :)

Anonymous said...

xjuga, i pregnant perut bulat n klu dri blkg org xpasan pregnant. dua2 dpt gegirl.. yg pasti dua2 asyik duk sblh kiri jer..

Anonymous said...

ade lagi...
kalaau mak berseri2 je (without makeup) org ckp boy
kalau mak kusam je muka - girl..hee
kononnye baby girl die ambik seri maknye.sbb tu maknye kusam.haha

Anonymous said...

Parents cina, probability anak diaorang putih mestila tinggi..its down to their genetics bukan pemakanan..my advice to you is to stay healthy and eat healthy.

Zara AULIA said...

Time mengandung aku tak suka pakai make up bagai...anak keluar lelaki,aku tak suka makan asam anak keluar lelaki..aku tak ada benda specific pun makan atau tak..cuma aku meroyan minum kopi...tapi advise aku lepas beranak tuh perlu persedian mental yang kuat..aku dulu kena baby blues...sedey babe...

Liana Ezzana said...

ly: Yang pakai rantai tu macam susah sikit nak percaya hahah..

merepekayam:
Kalo babyboy: Hafiz
Kalo babygirl: Hafizah

Shah Sulong: Kira survey tu almost betul la :)


Anonymous: U tergolong dalam 20% tu laa :D

Anonymous: Taktaulah mengandung anak laki ke perempuan ni, yang penting aku sangat serabai sekarang.

Anonymous: Tak semestinya tapi memang ada berlaku. my friend tu orang Kelantan yang seketurunan memang putih melepak. Kakak dia sorang je kulit gelap sebab mak dia konon2 amalkan soya.

Zara: baby blues tu sejenis gila meroyan ke??


mamabeauty said...

cuba rangkaian produk Shaklee yg memang bagus utk sepanjang kehamilan, berpantang n untuk baby yg lebih kuat dan tak mudah terkena jangkitan..

meh cuba di blog saya mamabeauty.blogspot.com or my fb:alia elena

Anonymous said...

Baby boy kot...take care moga selamat...

azlin sulaiman said...

soya tu sebenarnya kalau selalu minum awal2 pregnancy, baby nanti ada possibilities utk dpt eczema. ada pengalaman dlm family and aunties. tp semua tu dgn izin Allah. semoga sihat semua insyaallah :)

Anonymous said...

ada satu lagi petua org dulu2 nk scan baby dlm perut. xtau la u pnh dgr or x. yg ni bila tnya pd semua org yg guna cara ni semua kata betul. tgk warna nipple kita masa mengandung dalam 2nd trimstr. if hitam gelap mknanya lelaki, klau perempuan warna cerah. Wallahualam. but try je tgk2 btul ke x petua ni. saje suka2. for me betul sbb dah berlaku tp sekali lg Wallahualam...=) peace

lily lotus said...

ahaiii kalau dok dgn mak time ngandung lagi banyak pantang larang dia. ini takleh itu takleh huhu

aku. said...

soya mmg baik, but since my mom 9 bulan makan soya tauhu dan siap buat air soya everyday supaya saya putih dari dalam perut smpai besar menyebabkan my skin too sensitive to soy products. and more to be afraid (hehe) my body got probs with protein and any related to soya. boleh makan but still jgn keterlaluan. baby development mmg kene mengena dgn apa mommy mkn. so do more research and avoid kepercayaan nak putih nak gebu and such. good luck mommy.