Thursday, November 5, 2009
GEMS BIG BANG CARNIVAL
Saturday, October 31, 2009
MUSICAL DRAMA
High School Musical wannabies
The worse part was, we have to implement business english in our musical drama. Business english in musical drama?!! Musical and business are contrary to each other-how-did-they-came-up-with-idea-like-that-pfffftttt..
Lame enough we have only 3 days to come up with storyline, script and practice! I was the scriptwriter; I tried to use bombastic terms in business such as 'credit evaluation', and 'co-sign'. It didn't work.
The simpler the better isn't it? So, I used 'profits', 'franchising' and 'recession'. Nyeh3...Okay, our musical drama is called DREAM.
1st scene; 3 friends were talking bout their dreams in fututre. The 1st one was my dream! I want to open my own cafe selling my mom's cakes!
Tu dia...in the middle, moist strawberry chocolate cake..bwahahahah..
And we sang the cupcake song! You're my cuppycake, gumdrops..
My friend here is dreaming about travelling around the world..and we sang Leaving on a Jet Plane!
He introduced Malaysia to a Chinese in Beijing..and we danced to joget Pahang..melenggang ala lenggang si tari lenggang~My friend Maz, dreamt about owning a boutique. 2 girls in crown was the mannequin..teeheehee..
Suddenly a lady came and tried a scarf, she was so gorgeous we had to sing to Uptown Girl...bwahahahh..
And we won.
I guess we're not so bad after all.
Peace!
p/s: Our company on the other hand, will be handing the upcoming project. GEMS Big Bang Carnival! Do come to our carnival and bring everybody!! There will be band performances, fashion shows, blood drive, booths, mini book fair and street soccer! 8th Nov 09, Tasik Titiwangsa KL, 8am-6pm. C ya!
Thursday, August 13, 2009
Tadika Bestari USJ 2 Subang Jaya
Atas sebab itu, aku terimbau kembali zaman kanak-kanak. Pengetua tadika tu namanya Cikgu Roslina. Aku tak boleh lupa nama tu. Dia yang mengajar aku membaca dan dia sangat baik dengan aku. Kadang-kadang mak aku jemput lambat, hampir malam baru muncul. Maklumlah kerja di KL. Cikgu Roslina akan belikan aku keropok sementara aku tunggu. Ok tipu, sebenarnya anaknya yang nak keropok jadi dia belikan aku sekali. ;p
Pernah sekali dalam kelas, Cikgu Roslina ajar baca suku kata.
Cikgu Roslina: BA BE BI BO BU
Murid-murid: B...err..Aa...
Cikgu Roslina: B-A...BA..
Murid-murid: B-A..BA..
Cikgu Roslina: B-E..BE..
Murid-murid: B-E..BA..
Cikgu Roslina: Eh, bunyinya BE...
Murid-murid: (Angguk)
Cikgu Roslina: Sebutlah..BE..
Murid-murid: Err...zzzzz..blup..blup...*blurr*..*dreaming*..
Cikgu Roslina: Alahai penatlah saya..Liana, awaklah pulak tolong saya ajar diorang ni..(oh, well memandangkan aku je yang lancar kat situ..;p)
Aku pun ambil tempat cikgu lalu pegang pembaris sambil tunjuk kat whiteboard.
Liana Ezzana: B-A..BA..
Murid-murid: B-A..BA..
Liana Ezzana: B-E..BE..
Murid-murid: B-E..BE..
Liana Ezzana: B-I..BI..
Murid-murid: B-I..-BI..
Liana Ezzana: Okay ulang balik..(wah kalah Cikgu Roslina..heheh)..BA BE BI
Murid-murid: Err..Kurrrrrr...baa..baa.. baa..(cipta)
Cikgu Roslina: Aduhai..awak ni semua, dah berbuih-buih mulut Liana tu mengajar. Kenapa tak dapat-dapat lagi ni.
Liana Ezzana: (Pandang rakan-rakan lain dengan simpati sambil dalam hati rasa bangga tahap kembang hidung. Pencapaian ok. Pencapaian.)
Cikgu Roslina memang kagum dengan aku sebab aku dah pandai membaca berbanding murid-murid lain. Ini kebanggaan masa tadika je ok, jangan fikir bukan-bukan. (-_-")
Kawan-kawan yang paling aku rapat masa kat tadika, Nadia dan Qistina. Kawan-kawan sepermainan lain minta maaflah, memang aku lupa nama kalian. Aku dan Nadia adalah antara budak-budak yang selalu kena buli dengan Qistina. Pernah sekali main sorok-sorok, Nadia jadi tukang cari.
Qistina: Nadia, bawah tangga tak main tau. Kawan-kawan, tak boleh sorok bawah tangga tau.
Kawan-kawan: OK!
Nadia mula mengira, kami pun menyorok.
Qistina terus tarik tangan aku masuk bawah tangga.
Liana Ezzana: Eh, kan tak boleh menyorok bawah tangga.
Qistina: Ala, takpe..aku tipu je tadi.
Kami pun duduk diam-diam bawah tangga. Dari bawah tangga aku tengok Nadia kehulu-kehilir cari kami. Rasa kasihan sangat-sangat. Aku rasa nak jerit je nama Nadia. Tapi Qistina mati-mati suruh aku diam.
Akhirnya, Nadia tak jumpa pun aku dan Qistina. Kami yang melompat keluar dari bawah tangga.
Kalau tak silap aku, lepas tu Nadia dan Qistina tak berkawan. Suatu hari, Qistina ajak aku jumpa Nadia. Dia nak acah-acah minta maaf sambil hulur tangan kat Nadia, bila Nadia nak salam, cepat-cepat tarik tangan. WTF aku tak tahu mana dia dapat idea ni.
Kami pun pergi jumpa Nadia. "Nadia, kitorang nak minta maaf." Kata Qistina sambil hulur tangan. Nadia nak sambut tapi cepat-cepat ditariknya sambil ketawa-ketawa kecil. Giliran aku. Aku hulur tangan, tapi sepantas kilat Nadia capai tangan aku. Pap!
Liana Ezzana: Gasp!
Qistina: Ish..kan orang dah kata jangan salam dia.
Liana Ezzana: Ala..tak sempat, dia laju sangat.
Qistina: Ish..tak nak la kawan dengan kau.
Qistina terus berlalu pergi sambil menarik tangan Nadia. WTF????
Aku sangat terkesima ok. Aku pun duduk di suatu sudut sambil nangis..pura-pura. Serius aku dah cuba untuk mengeluarkan air mata tapi tak berhasil. Dan aku tak mendapat perhatian sesiapa pun. T_T
Pengajarannya, jangan jadi Pak Turut. Jangan ikut je apa yang orang cakap tanpa berfikir.
Oh ya, lagi satu peristiwa yang sentiasa segar diingatan. Kami duduk beramai-ramai dalam bulatan. Tak la ramai, dalam 7-8 orang. Sedang kami bermain-main..
Qistina: Hmm..ada bau busuk la..eee...siapa kentut..?
Kami pun mencari-cari bau tadi sambil tengok antara satu sama lain.
Qistina: Takpe-takpe, biar aku yang cari.
Qistina secara volunteer bangun dan menghidu punggung kami seorang demi seorang! Sampai kat aku.."Haa! Liana kentut!"
Sumpah aku tak kentut wey..
Liana Ezzana: Mana ada. Aku tak kentut pun..
Qistina: Ye aku dah bau, kau kentut..eee...kawan-kawan jom la, jangan kawan dengan dia. Dia kentut.
Macam biasa aku duduk di sudut sambil nangis pura-pura dan memerhatikan mereka main dari jauh.
Haha..biasalah tu..zaman kanak-kanak. Bila dikenang, rasa rindu sangat.
Sekarang bila difikirkan balik, kita semua tahu siapa yang kentut sebenarnya kan. ;-)
p/s: Kepada Qistina dan Nadia, kalaulah anda terbaca blog ni..minta maaflah bukan niat nak mengaibkan, sekadar menceritakan kecomelan zaman kanak-kanak. Don't hesitate to contact me, lets reunite!
Friday, August 7, 2009
Mak Saya Kata..

Haih. Tembam.
Mak saya kata, sebelum ketibaan Hanis dimuka bumi ini, saya tak kuat makan. Kalau mak saya beli biskut satu tin, berbulan-bulan baru habis. Bila Hanis lahir, saya makan biskut banyak-banyak sebab takut nanti Hanis habiskan. Padahal Hanis bukannya boleh makan lagi pun. T_T
Kek ini mengambil masa lebih kurang sebulan untuk dihabiskan.
Mak saya kata, dulu saya suka naik ride yang kena masuk syiling tu. Suka sangat-sangat. Dari sebesar-besar shopping complex hingga sekecil-kecil kedai runcit, walau dimana berada, saya pasti akan naik mesin tu. Haih.


Sekarang saya rasa polis trafik diatas motor sangat hot.
(dengan syarat jangan buka helmet dan sunglass :p)
Mak saya kata, saya sangat suka soft toy..
Dan berposing maut.
Bwahhahabwahhahahhh!!
Posing dengan basikal wajib okayyy..
sebab Hanis mesti ejek saya cakap saya dan budak tu bercinta.Mak saya kata. gambar budak yang pakai overall kat sebelah saya tu anak babysitter saya kot. Saya memang tak ingat apa-apa lah. Kamu kenal dia? Ok Jejak Kasihan.

p/s: Mak kamu kata apa pula?
Wednesday, July 1, 2009
PROFESIONALISME
Prof Ezanee: Awak student BS ke? Part berapa?
Liana: Ye saya. Part 4.
Prof Ezanee: Come ikut saya. (sambil memberi isyarat tangan)
Kami pun berjalan masuk ke sebuah kelas. Kelas dipenuhi student beliau. Senior-senior saya.
Saya? Mestilah berdebar.
Prof Ezanee: Kenapa rambut awak merah?
Mana ada merah? Blonde lah! (Tapi ni cakap dalam hati je la..hehehh)
Liana: Sebab saya colour.
(gila gamble aku jawab sambil senyum)
Prof Ezanee: Siapa nama awak?
Liana: Liana Ezzana
(seronok tak nama kita lebih kurang sama..hahahh)
Prof Ezanee: Sekarang macam mana nak buat ni?
Liana:?? Kalau nak hitam, colour je la balik.
Prof Ezanee: Boleh colour balik? Kalau macam tu bila awak nak colour hitam?
Ceh menyesal la pulak cakap boleh hitamkan.
Kalau tahu cakap je ni permanent dah tak boleh buat apa-apa.
Kan?
Liana: Okla sebelum final exam saya hitamkan balikla..
Prof Ezanee: Ok, Kalau saya tengok awak tak hitamkan balik..saya ambil tindakan tatatertib. Tulis nama dan nombor matrik kat sini.
Menulis dengan jujur sambil fikir gila sayang nak hitamkan balik. Baru je seminggu colour. Student course lain colour rambut tak kecoh pun. Tapi saya tak hitamkan rambut, pergi kelas saya pakai tudung..hehe.
Sejak itu, senior-senior cakap beliau dah ‘mark’ saya. Sebab beliau selalu tanya pasal saya kat mereka. Saya agak kisah. Sebab kalau Part 6, confirm ada subjek beliau. Kenapa saya kisah? Sebab beliau memang prof yang hebat. Sesiapa yang beliau tak suka..memang habisla..pandai atau rajin macam mana pun..takkan dapat result bagus punya.. Lecturer-lecturer pun banyak tak puas hati dengan beliau..tapi nak buat macam mana..terpaksa akur..sebab beliau senior lecturer dan pengasas Building Survey malaysia kot! Student tak payah cakapla..boleh kata 99% bengang dengan beliau. Lagi 1%? Kurang normal la kot.
Beliau selalu cerita tentang kehidupannya semasa menuntut selama 5 tahun di Scotland. Oleh itu beliau merasakan, beliau lah orang yang paling mahir berbahasa Inggeris di fakulti.
Minus point- sometimes dia make fun of students yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Plus point- beliau selalu betulkan pronunciation student. Sampai kadang-kadang agak menyampah..contohnya..saya sebut Hotel Concorde sebagai “kongkord”. Tapi telah dibetulkan oleh beliau dengan sebutan “kenkerd”. Bagaimanakah sebutan anda pula?
Selain kehidupan di Scotland, kehidupannya semasa muda juga amat dibanggakan. “ Saya dulu gangster, suka bergaduh. Lagi-lagi kalau tengah main bola. Dulu time belajar rambut saya panjang, saya pernah hisap ganja, main perempuan..semua kaum saya dah try.Bapok pun saya layan. Tapi sekarang saya dah insaf”. Seorang senior saya mengatakan, semasa dia belajar diploma beliau cerita benda ni. Sambung degree..cerita lagi..sambung master pun beliau buka cerita yang sama! Mungkin beliau bangga dulu beliau budak jahat. Dan sekarang beliau bangga beliau dah insaf.
Case 1: Bapa kepada seorang senior course saya merupakan seorang bekas dekan di FSPU. Semasa perkhidmatannya sebagai seorang dekan..anaknya sedang menuntut ijazah tahun kedua dan salah seorang pensyarahnya..of course Prof Ezanee. Pada suatu hari, dekan mempunyai perselisihan faham dengan Prof Ezanee. Ketegangan antara mereka menyebabkan..anak dekan menjadi mangsa. Anak beliau mendapat Gred E untuk subjek Prof tersebut. Bayangkan..gred E..macam langsung tak pergi kelas..atau langsung tak buat assignment atau pergi exam tapi tak jawab apa-apa kan? Sedangkan..rakan-rakan seperjuangan anaknya yang satu kumpulan buat assignment sama-sama..dapat gred A.
Case 2: Senior saya lagi. Boleh saya sifatkan beliau sebagai seorang yang pintar. Kelulusan diploma in Architecture, pernah bekerja di architecture firm for 3 years.. Sangat up to date dengan latest construction technologies, kemahiran berbahasa inggeris? Muet band 6. Note prof ni tak pernah berubah daripada tahun 90-an lagi..so dalam class always argue dengan this student.
One fine day..
Prof Ezanee: Awak ada cari note yang saya suruh?
Student pintar: Tak
Prof Ezanee: Kenapa tak cari? Kalau saya buat test baru tahu!
Student pintar: Kalau prof nak buat, buatlah..saya jawab je.
(amboi amboi amboi mentang-mentanglah kau pintar)
***Silence***
Prof tu tak buat pun test, dia ugut je. .and of course this particular student kena aim!
He got C for Maintenance & Facilities Management. The same goes to me T_T .
Hancur luluh rasa hatiku. Target A dapat C. Impian nak dapat dean list lagi..punah.
Tapi berita baik kepada student yang berasal senegeri dengan beliau okeh! Kalau tak buat assignment ke, pasif dalam kelas ke, tak datang kelas atau tak tahu sepatah haram English pun takpe..you all akan lulus dengan cemerlang punya!
p/s: Tahniah kepada pemenang..eh yang dapat result bagus sempena peperiksaan baru-baru ini. Especially to adik saya Hanis, that was a great start. Keep it up!
Friday, May 29, 2009
Bachelor Degree in Building Surveying (Hons)
Amboi kak suka ya nak grad. Yang hujung sekali tu senggugut ke..?
Fuh lega. Baru selesai hantar hard-covered dissertation. Terasa ringan sangat.
Ringan sikit otak ni..dah tak perlu memikirkannya lagi.
Ringan bahu..dah tak perlu memikul beban dissertation yang tebal itu. Heeeh..
Ringan tulang sebab rajin…eh bukan.
Sekarang tunggu result la ape lagi..seramm…lagi-lagi result dissertation and Facilities Management.
Hambik kau muka roller coaster aku!
Zheng Laoshi
And so, the graduation of the language course was held in Grand Bluwave Hotel Shah Alam, I was accompanied by Mr L.O.V.E. Tapi kami sampai agak lambat jadi saya tak dapat naik pentas ambil file kosong :p
Tiihihii..
The food there was so-so..tak sesedap 5-6 tahun dulu..Cuma ada 1 je yang sedap..Bread Pudding with Custard Sauce.
The last paper (Professional Studies II) was on 6th May..in which, kalau course lain kebanyakkannya dah merdeka. Even ada yang after paper terus naik bas balik kampung. But not for courses in the Faculty of Architecture, Planning & Surveying. Building Surveying, Interior Design, Architecture etc..mereka ni lah muka-muka yang paling last balik cuti tiap-tiap semester. Sobs.. T_T
Ini semua gara-gara design projects yang bertimbun-timbun sampai habis exam pun dia belum habis lagi. Nampak macam sedih je..tapi sebenarnya kitorang enjoy! (I tak tahulah yang lain kan, tapi I enjoy staying up in faculty buat design sampai esok pagi, lepas tu kalau lapar pukul 2-3 pagi kirim dekat boys mi goreng mamak with teh tarik. Layann..)
Proses menyiapkan tugasan design ni sebenarnya best kalau kita kasi feel..cecehh..lagi-lagi kalau dapat group member yang sekepala dengan idea-idea yang out of this world! Our task for the final semester was conservation of shophouses in Muar Town. Agak mencabar sebab banyak design restrictions yang kena follow..bukan boleh suka-suka hati je nak design macam design modern buildings kan..even nak install lampu kat signage kedai pun kena tegur tau! “Anak-anak muridku sayaanggg…you are using too much energy!” So people, conservation work is very sensitive. Ewahh!
Backlane
Megatron Sdn Bhd.
Dibelakang tu proposal kami, sesiapa yang berminat boleh hubungi nombor yang tertera di kaca tv anda.
Oh how can I forget the unforgettably-scary Viva Presentation.
Viva Presentation? Who’s that pokemon?
Ok, for those who are unfamiliar with this, let me explain..(ceyhh) I did mention about a dissertation right. It is a research students had to carry out in order to obtain their degree. After the final submission of the research, they will have to undergo a viva presentation where they need to convince a panel of lecturers that their research is genuine and valid. And I survived! Alhamdulillah.
My panel consists of two killer lecturers and Miss Linda the pensyarah berjiwa rakyat..eh berjiwa student. Prof. Bill Hamilton from Scotland is a senior visiting lecturer and Sr. Nadzari is the pensyarah paling otai. However, Encik Nadzari behaved himself in front of Prof. Bill..hehehh..fuh selamattt. Kalau tak, boleh goyah iman tau nak jawab soalan-soalan puaka dia tu T_T. Prof Bill was very interested in the data I obtained from my research (I guess)because banyak sangat soalan dia tanya tahu!
Tiba-tiba Prof Bill senyum padaku sambil berkata... “Ok good.”
Aaaaarrrgghhh…rasa macam nak lompat kijang kat situ sambil senyum sampai mulut cramp!!
P/s: Kak, sini ada kerja kosong tak? Saya pandai buat Ayam KLG. :p
Tuesday, April 21, 2009
COMING SOON

Pengarahnya Sophon Sakdapisit, dimana beliau juga yang menulis screenplay untuk Thai horror "Alone" dan "Shutter".
Cerita Coming Soon ni mengisahkan tentang
err..
(kamu tahu tak aku tak reti nak tulis sinopsis, kalau aku tulis juga nanti aku tertulis sekali dia punya klimaks pastu tertulis ending..habiss2..~)
Apa yang mami nak habaq sebenaqnya, cerita ni best!
Seram ke tak seram kalau kau rasa kau bawa backpack..sedangkan kau sebenarnya tengah gendong hantu perempuan tua..lepas tu kau j..
Ok cukup la Liana.
Siapa yang belum tonton sila pergi sekarang juga sebelum adik perempuan kamu annoying balik rumah terus nak cerita apa yang dia dah tengok siap dengan ending sekali.
